|
Assalamualaikum
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Rendah Islam Hidayah kali ke 20 telah berjaya diadakan pada 5 Jun 2010 yang lalu bertempat di Dewan Badar, Sekolah Rendah Islam Hidayah.
1. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang telah hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG SRIH. 2. Terima kasih kepada LPH dan guru-guru SRIH yang terus membantu PIBG menjayakan mesyuarat agung dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan. 3. Terima kasih kepada warga SRIH yang tidak dapat hadir tetapi sentiasa dekat dihati PIBG dan sentiasa bersama serta mendoakan kelancaran program PIBG.
Untuk makluman semua ibu bapa, penjaga dan guru yang dihormati, didalam Mesyuarat Agung ini pemilihan barisan AJK PIBG SRIH yang baru bagi tahun 2010/11 telah dilakukan. Barisan AJK PIBG yang baru adalah seperti berikut.
Pengerusi : Ir Abdul Rashid Zainuddin Timb Pengerusi : Dr Mazlan Jama’an Setiausaha : En Baharin Mesir Bendahari : En Mohd Shafizal Abdullah AJK 1. Ust Mahmood Kassim 2. Dr Zamil Najwah Arbain 3. Ust Mohamad Zeen Watak 4. Ust Idris Ismail 5. En Mohd Za’i Kandar 6. Pn Rohani bt Che Samsudin 7. Pn Norliza bt Shamsudin
Wakil Guru 1 : Ust Mohd Nor Omar Wakil Guru 2 : Usth Normah Sukayat Juruaudit 1 : En Mohd Farid Hadadek Juruaudit 2 : En Hairul Anuar Ibrahim
Saya mengharapkan agar semua pihak termasuklah para ibubapa dan guru-guru dapat memberikan kerjasama yang baik kepada kami dalam usaha meningkatkan kecemerlangan anak-anak di sekolah kita. Mohon doa agar AJK yang dipilih dapat berperanan dan menjalankan amanah ini dengan berkesan. Sekolah Rendah Islam Hidayah Tahun 2010/2011 |