|
Assalamualaikum
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Rendah Islam Hidayah kali ke 19 telah berjaya diadakan pada 17 Mei 2009 yang lalu bertempat di Dewan Badar, Sekolah Rendah Islam Hidayah.
1. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang telah hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG SRIH. 2. Terima kasih kepada LPH dan guru-guru SRIH yang terus membantu PIBG menjayakan mesyuarat agung dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan. 3. Terima kasih kepada warga SRIH yang tidak dapat hadir tetapi sentiasa dekat dihati PIBG dan sentiasa bersama serta mendoakan kelancaran program PIBG.
Untuk makluman semua ibu bapa, penjaga dan guru yang dihormati, didalam Mesyuarat Agung ini pemilihan barisan AJK PIBG SRIH yang baru bagi tahun 2009/10 telah dilakukan. Barisan AJK PIBG yang baru adalah seperti berikut.
Pengerusi : PM Dr Mohd Zin Kandar Timb Pengerusi : Hj Zainal Abidin Sidi Setiausaha : En Alias Mohd Bendahari : PM Dr Wan Saridan Wan Hassan AJK 1. En Hairul Anuar Ibrahim 2. Pn Azizah Ahmad Termizi 3. PM Zakaria Mohd Yusof 4. En Baharin Mesir 5. PM Ust Ajmain Safar 6. Pn Wan Fatimah Wan Endut 7. En Azman Rashidi
Wakil Guru 1 : Ust Mohd Nor Omar Wakil Guru 2 : Usth Normah Sukayat Juruaudit 1 : En Mohd Salleh Yassin Juruaudit 2 : Hj Zulkifli Sulaiman
Saya mengharapkan agar semua pihak termasuklah para ibubapa dan guru-guru dapat memberikan kerjasama yang baik kepada kami dalam usaha meningkatkan kecemerlangan anak-anak di sekolah kita. Mohon doa agar AJK yang dipilih dapat berperanan dan menjalankan amanah ini dengan berkesan. Sekolah Rendah Islam Hidayah Tahun 2009/2010 |